Susulan konflik di Ukraine dan keadaan di Eropah pasca perang dingin, Amerika Syarikat dan Rusia mengadakan perbincangan kritikal bagi membentuk masa depan bukan sahaja berkait hubungan kedua-dua negara tetapi hubungan antara Amerika dan sekutu Natonya.<br /><br />Bagaimanapun, perbezaan ketara pendirian kedua-dua negara menjadi petanda buruk bagi sebarang jenis penyelesaian pantas.<br /><br />Setiausaha Negara Antony Blinken pada Ahad tanpa berselindung mengakui tidak menjangkakan apa-apa kejayaan dalam masa terdekat mengenai perbincangan berkenaan.